Kiri ke Kanan?

Assalamualaikum. ana kembali lagi. hehe :D kali ni na post entry pasal keluar dari pintu rumah, yang duduk hostel tuu, keluar pintu dorm, kaki kiri ke kanan.

Haaa, selama ni, mesti antum antunna keluar kaki kiri kan?

Sebenarnya, keluar kaki kanan.

Kenapa?

Okay.
Sebab, peredaran darah dalam badan kita reverse tauu. maksudnya, kalau kita guna pergerakan kanan, darah banyak diedarkan ke bahagian kiri dan kembali ke kanan. reverse kiranya. so, kalau keluar kaki kanan, darah dari kiri akan reverse ke kanan. kan otak kanan kreatif dan otak kiri sistematik. gitu lah. kita kan kena seimbang kiri kanan. baru life hidup, kan? hehe :D

And, ustazah ade bagitau, masa nak keluar rumah tuu, kaki kanan dan baca doa keluar rumah, ni doa nya,

yang paling biasa dibaca, yang atas sekali tu.

Insha-Allah, banyak rezeki.

Lagi elok, kalau dibaca ayat Kursi. sebabnya, '  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. ' 


Senyum :) 

Wassalam.

Study susah?

Assalamualaikum semua! fuhhh~ lama en ana tak update. berhabuk dahh~ hehe :DDD hari ni baru tergerak hati nak update. hari ni nak update pasal study. woahhh~ ramai cakap, 'susah lah study ni' , 'belajar banyak mana pon tak masuk' , 'buat penat jea study ni' . haaa~ tak baik cakap macam tuu.

Study tak susah pon. tak percaya? okay, i'll prove my words. :)

Salah satu cara belajar dan mudah.

~Rakamkan subjek yang dibaca dengam MP3/Walkman or etc dan ulang rakaman sebanyak 10 kali~

Insha-Allah berhasil :)



D - doa
U - usaha
I - ikhtiar
T - tawakkal.


Senyum :) ♥



Mudah kan?

Moga hari anda indah <3

Wassalam.

7 Sunnah Rasulullah Yang Patut Diamalkan .

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :
Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari
Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)
Jangan Tinggalkan Masjid
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
“Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api.”
Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Jaga Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?” (Al-Imran : 180)
Jaga Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
“Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

Mana Pergi Islamiknya ?

Assalamualaikum ! ana na story niyy . kali niy , ana bersemangat sgt . knp ? tgk tajuk mcm mengeluh kn ? tak tak . antunna tao kn ana skolah kt SMKA . eyh eyh . perasan tak , ana pkai ana , antunna . tk mcm salu yg ina , korg . haaa ~ niy lah point nya . ana na story . sebahagian senior ina , dah mula kan operasi menghidupkan semula islamik SMKA tuh . wahhh ~ niy yg paling ana nantikan . soo , first step nahnu , slow slow guna ana , anti , antunna , nahnu . tk phm ? blurr ? okayy . ana bgtao mksd nya .
  • ana = saya 
  • anti = kamu perempuan seorang , kao [ perempuan ]
  • anta = kamu lelaki seorang , kao [ perempuan ]
  • antunna = kamu perempuan banyak , korg [ perempuan ]
  • antumma = kamu lelaki banyak , korg [ lelaki ]
  • nahnu = kami , kitorg .
so , ana harap sgt , misi nahnu kali ni berjaya . insha-Allah amin ! doa kan tao ~


jumpa di nukilan seterus nya !

Wassalam .


    Kau lah KAWANku

    Assalamualaikum ! haaa . kali niy ina na story psl kwn kelas ina sorg niy . atau , dea bhsa kn diri dea , anak buah ina . knp gitu ? sebabnya , ina niy ketua kelas [ bajet ] . HAHA ! dulu ina ta bpe na suka kt dea [ anti , ana jujur niy ] . tp skrg , ina sedar , dea kwn ina sbna nya . kwn yg BENAR . =) cte nya , bermula mcm niy ,


    semalam , skola ina ada Hari Diskusi . so , kitorg kena prepare mcm mcm . lepas siap siap tuh , ina letak brg kt lorong bangunan kelas ina . then ina pegi surau ambik beg telekung . tros ke kelas . ina baru jea masok . sekali , ade la makhluk Allah niy , mood ta baek kott . mara ckp mcm niy kt ina , " weyh syahmina , kemas lah barang barang kao tuhh . byk sgt" . mak aiiii . aqu susun leklok bhai kt situu . selama niy , tmpt kao sepah , mcm longkang pecah . byk gila smpah , tana ckp lahh ? sabar jea lah ~ ina kemas kemas tuhh . ina pegi balek kt tmpt duduk ina . lps tuh , ntah npe . ina rasa na nanges . mgkin sbb , mmg ta tahan gila dgn pangai dgn mahkluk Allah tuhh . sukahati dea jea na mara org . igt bgoz ape ? ( lek syahmina , lekk ) . then ina pegi tnds . masa tuh ade senior f2 . k , lekkk . tahan air mata tuhh . dea blah jea . ina tros nanges . dah okay ckit . ina balek kelas . amek brg . keluar kelas . tak cukup tuh , ina hempas pintu kelas . ape dulik aqu . pangai mcm *sensored* . ina pegi kantin . nmpk kwn ina niy [ yg ina na story niy ] .
    ina ajak dea pegi surau . otw ke surau , ina nanges semahu mahu nya . lps tuh , msok surau , ape dea ckp , ta masok un dlm palotak ina . ina cuba gelakkan ina un ta jadi . hati da BENGKEK gila . lps tuh , ina letak kepala ina kt paha dea . dea pon mula aa nyanyi [ makk aiii , suara jgn ckp ] lg lah ina nanges . dah lama ckit , ina un okay . masa tuh , ina sedar , selama niy ina elak org yg sbna nya KAWAN ina . Ya Rabb , sesungguhnya Kau Maha Mengasihani . terima kasih , Ya Allah . akn ku jaga persahabatan ini . 



    mesti korg pikir , takkan niy jea kot ? haha . takk . ade byk lg . tp itu yg plg pnting . dea hadir saat ina perlukan KAWAN .


    Najihah binti Zakariya ,
    Kau bagaikan 'heater' saat aku memerlukan air panas =)

    Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
    Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
    Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
    Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
    Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
    Jodoh?
     Masih tidak yakin dengan janji Allah.?
    Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada'  bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.
    Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
    Lihatlah.
    Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
    Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

    Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
     Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
    Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!


    Jangan terlalu fikirkan cinta
    Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
    Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
    Lihatlah cinta yang sebenar ini!
    Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU." 




    K , tuh jea . bye ! thanks sebab baca ;')

    * senyum *

    Mari jadi air

    Semua mesti penah menyakitkan/disakiti/tersakitkan hati kan ? tipulah tade . haha . okay okay . ina ngaku , ina un penah selalu sakitkan hati urg . dari  yg kecik smpai yg besar . semua penah geram kat ina . especially who knows me . hehe (= . So , kt cni , ina ade lah ckit nasihat utk readers , act from my dad .

    • setiap kali gado mesti ada yg saket hati kn ? so , jgn tggu dea atau dea mintak maaf . korg buang ego tuh . mintak maaf saje okay .


    tengok kucing tuh . dea pon rety mintak maaf

    • andai ada seseorg tuh buat korg saket hati plus bengang , kdg terdetik kt aty na balas balek kn ? kalu mcm ina , salu ina diam jea . bila balek ruma [ ina ddk kt asrama ] otw na balek dlm kereta , ina salu stori mori sama ayah ina . nak tau ape dea kata ? "angah tulis rasa geram , saket hati , masalah angah kt satu buku . tp jgn tulis nama dorg lak . tulis mcm niy , A ckp lepas . sebabnya , mgkin angah buat dea saket hati . so , solution is , ....  . jadi , bila da tulis mcm tuh , jgn biarkan buku tuh berhapuk centuh jeaa . korg kena lah cari solution nye k ?


    setiap masalah ada penyelesaian

    • then , kalu kwn korg mntk maaf en , atau sesiapa lah en , korg jgn lak berpura pura memaafkan . sebab ina ada baca kt satu entri niy , "jika kita berpurapura memaafkan , kelak , benih dendam tumbuh di hati kita" . errr , lebih kurg mcm tuh lah ayat dea . so , korg kalu na maafkan , maafkan dgn ikhlas okay . jgn bagi syarat lak , cth mcm niy , "kita maafkan awak separuh jea" . ina kata centuh sbb pnh terjadik kt ina . hehe (= . kalu korg rasa rasa ta sedia , korg kata mcm niy kt dea , "tlg bg saya masa" . inshaALLAH dea phm . sebabnya , kalu korg ta maafkan dea , urusan dea dgn krog sudah selesai . tggal urusan korg sama ALLAH jea . 

    memaafkan urg laen utk kebaikan kita juga

    So , itu jea lah ckit sebanyak yg ina dpt kongsikan . ina harap tade yg gado gado smpai bermusuh okay ! Chills (=
            

    Saya ;')

    My photo
    Jika cinta adlh kerinduan,maka jadikanlah rindu ini dalam zikir padaMu... Jika cinta adlh perjuangan,maka kobarkanlah semangat di dada kami. Jika cinta adlh pengorbanan,maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisiMu. Jika cinta adlh air mata, maka jadikan ia air mata taubat padaMu Ya Allah...